Alqaswa dan Kesihatan -stroke
mnasiralqaswa | January 14, 2010
STROKE (angin ahmar)...suatu istilah yang sangat-sangat di geruni akhir2 ini oleh insan-insan yang meningkat umur dewasa menuju phasa kematangan (40an) ,lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berada dialam fana ini sudah separuh abad (50an)….
Walau istilah “stroke” ini lumrah di dengari saban waktu,namun natijahnya amat dasyat kesan kunjungan penyakit ini walaupun tanpa diundang..
Alqaswa merasa sangat perlu berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan sahabat2 sekelian yang mana dengannya kita semua berpeluang untuk mengetahui simpton2nya,cara pemakananĀ sihat yang boleh menghindari kunjungan penyakit “stroke” ini ,pengawasan2 yang perlu serta bimbingan,kaunseling dan semangat yang perlu di bina untuk mereka2 yang telah “dikunjungi “penyakit ini..
Tanda2 yang boleh di kesan dan dirasai oleh sahabat-sahabat menandakan akan dikunjungi penyakit ini ialah ,
1-Secara tiba2 terasa kelemahan pada deria muka,tangan,betis serta kaki terutamanya padasebelah badan samaada kiri atau kanan.
2- Secara tiba2 ada masaalah untuk bercakap dan menuturkan perkataan serta kedudukan rahang mulut akan terkeluar dari kedudukan asalnya.
3-Secara tiba2 tahap penglihatan sebelah atau kedua-dua mata akan menurun serta menjadi kabur.
4-Secara tiba2 susah untuk melangkah sebelah kaki untuk berjalan serta badan akan menjadi tidak seimbang.
5-Secara tiba2 kepala akan menjadi sakit di sebelah kanan atau kiri tanpa bersebab.
Secara amnya bila “Stroke” berkunjung maka segala aktiviti2 harian sahabat2 semua akan terhenti secara tiba2 juga…dalam ertikata yang lain kelumpuhan jasad akan berlaku,maka lumpuhlah segala jadual harian,jadual mingguan,jadual bulanan dan jadual tahunan yang baru saja di semai benih keazaman, tahun baru 2010…serta yang lebih dasyat lagi keazaman dan cita2 untuk bertaubat serta beramal soleh di penghujung usia akan terbantut,maka kontingensi plan perlu di gunapakai…iaitu Plan D(beramal soleh secara darurat)- iaitu beramal sekadar yang termampu oleh anggota2 badan yang masih berupaya,
Contohnya,solat secara duduk,secara di tempat pembaringan atau sekadar kelipan mata
serta isyarat2 anggota yang termampu….sangat sayu hatinya bagi sahabat2 yang sudah
istiqomah mengerjakan solat berjemaah di masjid2 yang sudah bertahun-tahun lamanya,
namun dikala mendengar laungan azan mendayu-dayu memuji kebesaran RABB yang maha
agung, yang maha sempurna sifat2Nya, yang maha kuddus, yang maha suci,yang mengatasi segala kesempurnaan makhluk2 ciptaanNya..Takbir diucapkan dengan kesyahduan hati..Tahmid diucapkan selari dengan kesyukuran kalbu,Tasbih jiwa menuju
ketenangan…namun air mata jernih membasahi kelopak mata dengan penuh pengharapan serta segementar ketakutan khauf akan sekelumit dosa2 lampau yang memerlukan pengampunan Illahi…Ya Allah..Ya Allah.. Ya Allah…kasihani hamba yang daif ini ,berilah
pengampunanMu Ya Allah,Ya Rabbi…berilah kesempatan buat hambaMu Taubat Nasuha
dari sakibaki dosa2 pada Mu,kelalaian hambaMu ini..Ya Allah..Yang Maha Pengampun.
Inilah gambaran rintihan yang menyayat hati, munajat sahabat2 yang di kunjungi tetamu
yang bernama Ar-Raihul Ahmar(stroke).
Penyakit “stroke” juga di panggil Angin Ahmar yang mempunyai nostalgia yang begitu ‘historic’ dengan kisah nabi Sulaiman A.S…
Al-kisahnya yang masyur tentang kehebatan pentadbiran nabi Sulaiman A.S yang memerintah seluruh alam semesta,segala jenis makhluk yang melata dan makhluk yang berada di angkasaraya..Semasa menerima kunjungan hormat dari seluruh makhluk dibawah tadbirannya maka terdetik dalam hatinya adakah lagi sakibaki makhluk yang tidak mahu tunduk di bawah kerajaan Sulaiman bin Daud?secara tiba2 menjelmalah dengan keizinan dari Allah S.W.T suatu lembaga yang sangat besar,gagah,hebat dan garang sekali rupanya..Nabi Sulaiman A.S terkejut mengeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia?dan apa tujuan ia datang? Lembaga itu menjawab dia adalah yang bernama Ar-Raihul-Ahmar(Angin Ahmar) iaitu suatu penyakit yang sangat bahaya berbanding penyakit2 yang lain…dia boleh meresap masuk kedalam urat saraf,darah dan otak anak cucuĀ adam memberi impak kesakitan yang dashyat,membawa kepada kehilangan akal fikiran,ketawa dan menangis sendirian seperti dalam alam yang berlainan sifatnya.Nabi Sulaiman terus mengarahkan panglima perangnya membunuh makhluk tersebut,lalu makhluk itu berkata tiada siapa yang boleh membunuhnya kecuali Allah S.W.T lalu terus menghilangkan dirinya..
Ar-Raihul Ahmar masih hidup sampai saat ini dan di zaman Nabi Muhammad S.A.W ,beliau menyarankan umatnya sentiasa berdoa selepas solat untuk menjauhkan diri dari penyakit ini….Semuga Allah S.W.T memberi alqaswa dan sahabat2 sekelian perlindungan dari kunjungan kehormat tamu yang tak diundang ini…amiin.Sentiasalah bermunajat pada Illahi setiap saat selesai solat, samaada yang fardhu atau yang sunat untuk dihindari penyakit yang sangat merbahaya ini………(b’smbg)
isu semasa
mnasiralqaswa | January 5, 2010salam kepada semua sahabat2 sekelian,
Alqaswa terasa terpanggil tentang isu kenaikan insuran kenderaan yang melepasi jangkahayat melepasi 10 tahun ke atas, yang mana setengah
kes melibatkan mereka yang berpendapatan kecil yang mana tidak mampu untuk membayar kadar insuran yang agak tinggi,yang sememangnya tidak ada masaalah bagi mereka sebelum ini kerana mereka diberi pilihan samaada untuk mengambil insuran komprehensif(1st party) atau insuran pihak Ketiga(3rd party),sejak akhir2 ini syarikat insuran hanya mengeluarkan hanya insuran komprehensif sahaja yang melibatkan kos yang agak tinggi bagi setengah kereta yang agak lama yang masih berupaya bergerak dengan baik dan telah membuat jasa yang cukup banyak kepada
tuanpunya kenderaan tersebut.
Alqaswa berpendapat alangkah baiknya
jika pihak yang berkenaan,khususnya pihak Bank Negara mengeluarkan
garis panduan yang tepat dan jelas kepada seluruh intitusi insuran di negara ini dan kepada semua pemilik kenderaan di pilihan alternatif samaada ingin membeli insuran komprehensif atau ingin membeli insuran “3rd party” sahaja mengikut kesesuaian kenderaan serta penggunaan kenderaan yang di miliki.
Kebanyakan kenderaan yang dimiliki sekarang ini walaupun umurnya sudah agak dewasa,tetapi masih berfungsi dengan baik secara keseluruhannya,mungkin faktor jalanraya yang semakin baik serta penyelenggaraan berkala yang telah dibuat keatas kenderaan masing2,terutamanya yang melibatkan injin dan prestasi seluruh badan kenderaan.
Alqaswa berpandangan pihak berkuasa tidak seharusnya menerima pandangan sebelah pihak sahaja iaitu dari syarikat insuran yang cuba memonopoli keuntungan berganda juga pihak syarikat pembuat kenderaan yang sememangnya sentiasa “terliur” dengan kemunculan pembeli2 baru hasil dari pelupusan kenderaan2 yang sudah “dewasa”,kenapa alqaswa menilai kenderaan tersebut sebagai dewasa bukannya “lanjut usia”..cuba sahabatku bayangkan,kenderaan tersebut baru berumur 15 tahun-25 tahun sahaja,boleh di kategorikan masih “remaja” kalau istilah ini digunapakai pada manusia..Seandainya
melebihi umur 50 tahun,sememangnya sudah usia lanjut.
Rata2 sahabat pengguna sekelian mungkin sependapat dengan pandangan di atas ,sekiranya sahabat2 semua ada pandangan yang berbeza dan mempunyai kritikan2 bernas boleh diutarakan untuk menafaat semua.
Sekian dulu buat kali ini dan kalau ada timbal-balas yang membina dari sahabat2 alqaswa sekelian,sangat2 dialu2kan..terima kasih kerana sahabat sudi berkongsi pendapat.Wassallam.
Penghijrahan alqaswa diambang tahun baru 1431H (2010M)
mnasiralqaswa | January 3, 2010Salam sejahtera kepada semua sahabat alam maya sempena tahun baru yang baru menjengok umat ini beberapa hari yang lepas,masih belum terlambat bagi sahabatku yang sedang membina suatu keazaman yang jitu dalam minda setiap diri untuk berubah atau dalam ertikata yang lain berhijrah dari keadaan sekarang kepada suasana yang lebih baik,untuk lebih memahami tingkat-tingkat perubahan dalam setiap insan itu ia bersifat sangat relatif dari pemahaman pemikiran setiap individu…Seseorang individu sedang merenung dirinya masa setahun yang lampau…
“oooh alangkah aku seorang yang sangat tidak bernasib baik..”
Seorang individu lagi sedang merenung setahun yang lampau….
dia berkata dalam hatinya..
“oooh aku sudah menjadi seorang yang bernasib baik…”
Sempena ambang tahun baru ini setiap individu akan berazam dalam bentuk dan sifat-sifat yang berbeza sekali antara satu sama lain…seseorang yang merasa dirinya sangat tidak bernasib baik akan berazam untuk menjadi seorang yang bernasib baik untuk tahun mendatang…
Bagi mereka yang merasa menjadi seorang yang bernasib baik di tahun yang lampau sememangnya ingin berhijrah ketahap yang lebih baik buat tahun 2010 yang baru mendatang ini,akhir sekali bagi mereka yang merasa telah mencapai keadaan lebih baik maka mereka seharusnya menanam keazaman ,semangat yang kental dalam jiwa untuk memburu impian kepada yang TERBAIK sempena tahun baru ini.
Penghijrahan terbaik yang perlu di lakukan dalam segala aspek kehidupan..baik dalam aspek jasmani, sahabat perlu merenung kebelakang adakah tahun2 yang lampau kesihatan diri sering terganggu
maka penghijrahan minda terlebih dahulu perlu dikemaskini,kerana alqaswa tersentuh suatu kenyataan yang di buat oleh seorang pengamal perubatan, Dr.W.S Friz berkata” 4 orang dari 5 orang pesakit
yang dirawatnya bukan mengalami kerusakan fizikal,tetapi akibat dari sering mengalami kecemasan,kegelisahan,kebencian serta ketidakmampuan menyesuaikan diri dengan kehidupan yang sedia ada”.
Oleh yang demikian sahabat2 ku sekalian, untuk mendapat situasi kesihatan yang optimum dan terbaik semestinya pengurusan minda supaya sentiasa tenang dan tanpa sebarang tekanan dalam setiap keadaan serta suasana kehidupan yang kita semua jalani seharian.
Peralihan ketahun baru ini menandakan pertambahan usia kita setahun lagi, bagi ahli bijak pandai beranggapan”Usia adalah angka yang mendekatkan diri dengan kematian” dan perubahan bulan ,bintang akan menambah hampirkan kita kepada sang Pencipta Yang Maha Agung iaitu Allah S.W.T melalui suatu firmannya(Al-fussilat ayat 37)
“Di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah kejadian malam dan siang serta matahari dan bulan.Janganlah kamu sujud kepada matahari,jangan pula sujud pada bulan sebaliknya hendaklah kamu sujud pada Allah yang menciptakan sekiranya benar kamu hanya beribadat pada Allah S.W.T”
Sama2 lah kita merenung,kita berfikir ,kita berhitung,kita beringat,kita bersyukur dan buat menyambut tahun baru ini tanam suatu semangat penghijrahan yang pasti dalam diri sahabat…
“Saya akan lebih banyak berfikir,
Saya akan lebih banyak berhitung,
Saya akan lebih banyak beringat,
Saya akan lebih banyak bersyukur.”
“Saatnya aku menulis,
KRITIS,
lalu aku tersenyum,
dan terus BERFIKIR.”
Alqaswa…jumpa lagi..wassallam.






Recent Comments