mnasiralqaswa.com

"laman perkongsian pengalaman, isu semasa dan dakwah"
  • rss
  • Home
  • About
  • Hubungi Saya

permata hati rasulullah s.a.w

mnasiralqaswa | January 30, 2010

Siti Khadijah Al-Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w  yang pertama, adalah satu nama yang sinonim dengan perjalanan,pengembaraan serta perjuangan daawah baginda Rasulullah s.a.w.Alqaswa sangat tertarik dengan ketabahan, sifat pengorbanan, intilektual serta wawasan minda yang ada pada seorang insan mithali seperti beliau. Siti Khadijah R.A adalah seorang wanita elit  yang berharta, berasal dari keturunan bangsawan,serta berpandangan jauh dan memiliki kepribadian yang tinggi. Beberapa unsur kelebihan yang beliau miliki tersebut membuatnya menjadi wanita yang tidak hanya berwibawa dan disegani, tapi sekaligus juga dihormati dan menarik banyak kalangan lelaki bangsa Arab bangsawan kaya  untuk meminangnya, walaupun waktu itu beliau sudah cukup lanjut usianya iaitu 40 tahun,suatu tempoh hayat kematangan insan . (‘life is begin at fourty‘).

Namun begitu sebagai pribadi yang memiliki wawasan jauh dan berkepribadian tinggi dia tidak mudah memilih sebarang lelaki di waktu itu. Baginya, harta yang melimpah dari lelaki yang meminangnya tidak akan menjamin kehidupan yang bahagia. Begitu juga ketampanan seorang lelaki tidak mudah membuatnya tergoda; ketampanan fisikal hanya menarik kenikmatan sekejap cuma. Begitu juga kebangsawanan,  tidak menjamin seseorang itu memiliki kepribadian yang baik.

Oleh karena itu tidaklah aneh apabila Siti Khadijah R.A tertarik pada seorang lelaki yang bernama Muhammad (waktu itu belum menjadi Nabi dan Rasul). Bukanlah kebangsawanan Muhammad s.a.w (yang berasal dari suku Quraisy yang ternama) yang membuat hatinya tergerak untuk menjadi pasangannya. Bukan pula ketampanan Muhammad s.a.w yang membuatnya tergoda.Wanita yang baik hati, yang berilmu dan berkepribadian kuat akan selalu tertarik hatinya untuk menikah dengan lelaki yang tinggi kepribadiannya. Yang sememangnya baginda s.a.w bergelar Al amin,Yang jujur, dapat dipercayai, memiliki sifat  lemah lembut tapi tegas pada saat yang diperlukan, dan yang  memiliki wawasan atau ilmu yang mencukupi untuk menjadi pemimpin bahtera rumah tangga selamanya. Selama hidup di dunia yang fana ini.(“sampai ujung nyawa”).

Semua karakter atau kepribadian ideal yang diimpikan Siti Khadijah R.A  terkumpul pada diri Muhammad s.a.w. Dan karena itu,wanita berkepribadian kuat seperti Siti Khadijah R.A tidak merasa malu mengambil inisiatif meminang Muhammad s.a.w sebagai calon suaminya. Pasangan ideal ini hidup dengan harmonis,aman damai penuh ketenangan sampai Siti Khadijah R.A  wafat terlebih dulu. Rasulullah s.a.w sendiri sering memuji keagungan hatinya dan keluasan wawasannya serta kematangan sikapnya yang sampai mengundang rasa cemburu Siti Aisyah, salah seorang istri Nabi yang dinikahi setelah wafatnya Siti Khadijah R.A.

Kehalusan budi, kematangan sikap dan keluasan wawasan adalah salah satu tanda seorang wanita yang memiliki kepribadian. Keteguhan dalam memegang prinsip nilai-nilai ajaran Islam dan kemauan untuk menjauhi perilaku yang tidak disukai masyarakat setempat adalah perlu sejauh mana kita akan dianggap sebagai wanita yang memiliki kepribadian atau tidak.

Perlu difahami bahwa kepribadian yang kuat– yang antara lain ditandai dengan sikap tak mudah hanyut pada arus atau unsur2 negatif– adalah timbul dari determinasi (kemauan kuat) untuk memperbaiki perilaku menjadi lebih baik setiap waktu; hari demi hari sepanjang hidup. Dan terkadang hal ini tidak selalu berkaitan dengan keilmuan yang dimiliki. Sering kita melihat wanita pintar lagi intelek  yang berkepribadian sangat menjengkelkan, begitu juga sebaliknya, jarang kita menjumpai wanita yang tidak begitu pintar tapi memiliki kepribadian yang menyenangkan dan disukai yang mengundang rasa hormat kita sebagai seorang lelaki.

Islam menganjurkan agar kita memiliki keduanya: ilmu dan wawasan yang luas serta kepribadian yang kuat  sebagai salah satu kunci menuju kepribadian wanita salihah,sesungguhnya Siti Khadijah  R.A telah memenuhi ciri-ciri tersebut.

Pengorbanan jiwa raga yang begitu berharga dan tak ternilai telah dilakukan oleh Siti Khadijah R.A  dalam meninggikan kalimah Allah dimuka bumi,khususnya dalam jazirah arab di waktu itu,

seluruh harta yang ada telah di infak kan di jalan Allah s.w.t, seluruh perhiasan yang ada tersalut di badannya berupa emas,berlian, telah dikorbankan di jalan Allah untuk membantu

mujahid2 dalam perjuangan islam,seluruh minda dan buah fikiran telah diperah,dicerna untuk

menggerakkan perjuangan,hakikatnya mujahadah yang begitu besar telah dibuat oleh seorang serikandi mithali ini dalam berjuang bersama-sama baginda Rasululllah s.a.w.

Sehingga sampai puncak perjuangannya ,di saat-saat kegeringan di ujung nyawanya,dalam

persemadian rohaninya menuju Allah s.w.t  .Baginda Rasulullah s.a.w  yang terkenal dengan

sifat belas kasihan,sifat pengasih,sifat penyayangnya yang tak bebelah bagi telah memangku

jasad Siti Khadijah dipangkuannya yang mulia,di usapinya wajah kesayangan hati,dibelai dengan penuh cinta,di kucup dahinya dengan kesyahduan,maka tergenanglah air di kelopak

mata  suci baginda s.a.w,lalu menitik setitis demi setitis jatuh di wajah mulus Siti Khadijah R.A , lalu tersedar ia dari semadi cinta Illahi…lantas Siti Khadijah menyapa baginda dan bertanya kenapa menangis? Lalu baginda menjawab dengan penuh emosional bahawa Baginda sangat-sangat terharu dan menghargai pengorbanan Siti Khadijah R.A dimana seluruh harta benda telah habis dikorbankan,yang tinggal hanya sekujur tubuh suci dalam proses peralihan

menuju alam yang kekal abadi selama-lamanya iaitu alam akhirat.Lantas dengan tidak semena-mena dengan suatu gerakbalas luarbiasa dari sanubari sucimurni yang tertunjang keimanan yang kental,Siti Khadijah telah bersuara dengan penuh semangat keyakinan,seandainya ruhnya telah kembali nanti bertemu Illahi,yang tinggal hanya jasad dialam yang fana ini,jika diperlukan oleh para mujahid-mujahid sekelian,ambillah sakibaki tulang-tulang yang ada untuk dijadikan jambatan,maka dia rela dikorbankan di jalan Allah s.w.t.

Inilah kata-kata peniup semangat untuk sahabat  yang masih ada dalam alam perjuangan,alam pengembaraan,alam kembara menuju redho Illahi…ayuh bangkit sahabat sekelian dari lamunan alam maya ini,untuk mengapai bekalan menuju alam yang kekal abadi yang tak pasti tarikh keramatnya…semuga tauladan dari seorang insan mulia yang bernama Siti Khadijah R.A akan mengerakkan segala sendi-sendi kekuatan untuk bangkit semula dari kelesuan di buai oleh nikmat duniawi yang sementara menuju nikmat syurgawi yang kekal abadi sampai bila-bila,sampai bila-bila,bila-bila,bila-bila……….tiada penghujungnya(infiniti).

Salam perjuangan dari alqaswa untuk sahabat-sahabat sekelian,ketemu lagi di wadah yang akan datang(entah bila lapangnya?) alqaswa menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari kalian sahabat,ku undur diri buat sementara,kesibukan dalam bidang tugas masing2,mengurangkan interaksi alqaswa dengan sahabat2 yang di kasihi akhir2 ini.(maaf dipinta).Di dunia ini kita berinteraksi dialam maya,Doa kan semuga kita semua ditemukan di padang masyar di bawah teduhan,naungan Allah S.W.T.(amiin..amiin)

Wassallam.Alqaswa.

Categories
Agama, Pengalaman
Comments rss
Comments rss
Trackback
Trackback

« Alqaswa dan Kesihatan -stroke 10 pribadi lelaki beriman »

5,231 Responses to “permata hati rasulullah s.a.w”

« Older Comments
Newer Comments »

    Fatal error: Allowed memory size of 33554432 bytes exhausted (tried to allocate 35 bytes) in /home/mnasiral/public_html/wp-includes/classes.php on line 1032