mnasiralqaswa.com

"laman perkongsian pengalaman, isu semasa dan dakwah"
  • rss
  • Home
  • About
  • Hubungi Saya

renungan alqaswa

mnasiralqaswa | April 30, 2010

Salam sejahtera kepada sahabat2 alam maya sekelian, semuga diberi perlindungan dari Illahi di hari Jumaat yang berkat ini.Selamat bertemu kembali dengan seluruh sahabat2 setelah alqaswa memohon cuti dari pengembaraan tanpa henti ini buat seketika cuma,lantas kerinduan terus menusuk kejiwa yang paling dalam setelah terhentinya kunjungan2 dan sapaan dari sahabat sekelian.

Sememangnya kunjungan2 sahabat2 semua dalam bersilaturrahimi ini membuatkan jiwa alqaswa semakin menghargai nilai2 kehidupan bermasyarakat,tanpa sahabat2 semua jiwa ini terasa suatu kekosongan,tanpamu jiwa ini terasa lemah sekali,tanpamu minda ini terasa terhenti sejenak dari bergerak, tanpamu wahai sahabat2 sekelian,alqaswa merasa terlalu kerdil sekali keujudannya dimaya pada ini.

Semuga dengan kebangkitan semula berinteraksi dengan sahabat2 sekelian ,akan menyuntik suatu semangat baru buat penjernihan jiwa ini dalam mencari suatu ketenangan abadi menuju Illahi yang maha esa.Terasa sekali seolah2 suatu kebangkitan semula dari satu kematian,suatu kematian minda,suatu kematian ilmiah,suatu kematian rohani,suatu kematian sementara daripada kematian sebenar setiap insan ,iaitu kematian menuju alam barzakh yang pasti,alam perkuburan yang sentiasa melambai2 setiap insan dimaya pada ini.Bagi insan yang solleh maka perkuburan akan memanggil dengan panggilan selamat datang wahai si-fulan,dalam seramai2 manusia engkau lah yang paling bertuah,perkuburan akan menyambutnya dengan penuh hormat dan kesenangan,maka akan dibuka seluas2nya pemandangan menuju syurga,suatu terowong akan membawa bau2an kasturi,bungaan syurgawi menyegarkan suasana,suasana begitu damai sekali,suasana begitu aman sekali,masa begitu singkat sekali terasa seolah2 antara solah sunat subuh dengan solat subuh yang dikerjakan,nikmat terasa menyelubungi jiwa,begitu bersyukurnya mereka2 yang diberi pilihan sebegini,terasa bersyukurnya dijadikan seorang yang bernama manusia yang muslim,manusia yang beriman,manusia yang yakin dengan pertemuan sebenar bersama Rabbuljalil,Pencipta seluruh insan ini.

Bagi mereka2 yang ingkar segala perintah Illahi maka alam barzakh tidak akan menjanjikan kedamaian buat mereka ini,tanah perkuburan hanya menyatakan tiada kata2 aluan untukmu,diantara seluruh manusia dimuka bumi ini ,engkaulah yang paling aku benci,apabila sahaja insan yang ingkar ini dibawa masuk ke perkuburan, maka kubur akan menghimpitnya dengan sekuat2 himpitan, lantas tulang2 rusuknya berceragah antara satu sama lain terus bersatu melahirkan suatu kesakitan yang amat dasyat sekali,suatu keperitan yang belum pernah dirasai selama ini,terzahirnya suatu laungan yang amat kuat lantaran himpitan tanah perkuburan ,lantas ditambah lagi keazaban dengan suatu nyalaan api yang tak akan padam,kepanasan mula terasa menuju setiap liang2 roma yang ada lantas menusuk masuk kedaging2 terus menuju ketulang yang paling hitam sekali dalam anggota badan.Begitu malang sekali buat mereka2 yang ingkar,tidak mau beriman walau sebesar zarah semasa hidupnya.(Semuga dijauhkan buat sahabat2 yang ku kasihi sekelian).Lalu mereka yang ingkar ini memohon dirinya dijadikan kembali menjadi tanah.

Sementara seorang mukmin yang beriman sentiasa merasakan dirinya hina dan tidak layak masuk ke syurga Allah s.w.t. Apabila ia menginsafi hakikat itu, maka ia sentiasa diburu rasa resah kerana takutkan kematian. Orang lain takutkan kematian kerana tidak puas dengan kehidupan. Ia pula takutkan kematian kerana mahu beramal sebanyak mungkin mencari kasih sayang Illahi. Maka sebahagian mereka berkata, “Alangkah, jika aku hanya rumput yang akan diragut kambing.” Ada sebahagian lain pula berkata, “Alangkah, jika aku kambing yang disembelih dan dimakan.”

Mengenangkan tentang alam perkuburan inilah maka Hadrat Othman ibni Affan R.A, seorang sahabat baginda Rasulullah s.a.w menangis teresak2,lantas airmatanya bercucuran jatuh membasahi janggutnya yang mulia,lalu ditanya sahabat2 yang lain kenapa beliau begitu sedih sekali.Kata hadrat Othman R.A ,kubur ialah suatu tempat persinggahan kita yang pertama sekali,kalau kita selamat di sini maka akan dipermudahlah perjalanan kita seterusnya,mudahlah perjalanan ke alam Masyar.mudahlah perjalanan menuju titian Siratulmustakim,mudahlah kita semua menuju Syurga Allah s.w.t.

Setakat ini dulu buat renungan sahabat2 sekelian dimalam yang damai ini,semuga kedamaian ini melahirkan suatu mimpi indah dimalam ini,lantas membuahkan suatu penghisaban buat setiap diri sahabat2 semua.Jumpa lagi dilain wadah .Wassallam.

Salam paling manis dari alqaswa.

Comments
1,892 Comments »
Categories
Isu Semasa, Pengalaman, motivasi
Comments rss Comments rss
Trackback Trackback

Categories

  • Agama
  • Isu Semasa
  • motivasi
  • Pengalaman

Blogroll

  • Blog Fahdi
  • Blog Fathuri
  • harisghazali.com

Archives

  • August 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010

Recent Comments

  • affordable health insurance on tangisan seorang insan bernama wanita
  • extenze on tangisan seorang insan bernama wanita
  • Los Angeles Car Rental on tangisan seorang insan bernama wanita
  • watch tv from pc on tangisan seorang insan bernama wanita
  • Futures Trading on tangisan seorang insan bernama wanita

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org
rss Comments rss valid xhtml 1.1 design by jide powered by Wordpress get firefox